MATA & VINCE

Malam mingguyang lepas aku konti,aku bawak satu tajuk ringan yang mudah untuk dibincangkan iaitu airmata..ramai caller yang beri pandangan dan ulasan namun semuanya berkisar tentang kesedihan.Ada yang mengalir airmata bila ada kematian,perpisahan dan sebagainya yanag berlaku secara realiti namun yang aku tak faham air mata boleh mengalir juga bila tgk citer hisdustan.ishh..ishh.

Memang banyak peristiwa yang berlaku mutakhir ini yang mampu menumpahkan airmata kita..bencana yang mengorbankan ribuan nyawa berlaku dibeberapa tempat didunia amat menginsafkan.Paling memilukan bila kita disajikan dgn kes penderaan kanak-kanak yang membawa kematian, pembuangan bayi (dahlah dibuang, dibakar pulak tu.manuasia semakin hilang kewarasan dan rasa insani.Adakah kehidupan kita hari ini telah membawa kita jauh dari pegangan agama? Hidup hanya memburu keseronokan tanpa mempedulikan halal dan haram...Seluruh masyarakat bertanggungjawap atas apa yang berlaku.

Jauh pulak ulasan aku..sebenarnya dalam perbincangan malam tu, aku nak lihat sejauh mana caller boleh menterjemahkan tajuk airmata tu dalam konteks yang berbeza.namun semua citer pasal airmata yang mengalir.Takde yang citer betapa hebatnya airmata yang diciptakan Allah untuk melindungi mata kita.

Sedar tak..airmata bukan sekadar air..ia ada 3 lapisan iaitu lapisan pertama minyak,kedua air dan ketiga lendir yang mempunyai fungsi berbeza..subhanallah.Bayngkan kalau tiada airmata?

Aku suka kepada kepelbagaian lontaran idea dalam sesuatu diskusi yang berpaksi kepada persoalan pokok namun tak semua mampu berfikir diluar lingkungan..ada tapi mereka tidak menjadi pemanggil hnya mahu menjadi pendengar.

Konti hari ahad aku ada tetamu seorang artis..pernah menjadi juara af1.sapa lagi Vince la.Perbualan biasa berkisar tentang promosi album terbaharu dia, dan keadaan semasa industri hiburan tanah air kita yang semakin suram..aku anggap dia berani mengeluarkan album kerana umum tahu jualan album sangat lembab..apa pun selamat maju jaya buat vince

8 comments:

Relevan said...

Ingatkan abg Cepumas kat konti rupanya penyanyi Vince..heheh!

smaqmal said...

bang nak tanya... air mata tu masin kan..bole wat air garam x...:)

lagi satu.. apakah faktor yg buatkan tahi mata kita ade yg keras, yg putih cam taik cicak, ade yg hitam..

piewahid said...

air mata buaya camna pulok?

al-mankaraqi said...

air mata cinta darimu.......ku menjadi rindu....

al-mankaraqi said...

air mata cinta darimu.......ku menjadi rindu....

Anonymous said...

hensem tak vince tu klu tgk live?

:)

kelompen said...

ketika matamu berkaca
bergenang airmata
mencairkan duka
lalu tumpah satu satu
sayu..

sue-ab said...

saya selalu mengalir air mata kalau tgk citer sedih...