BOLA TAMPAR...

Semalam bermula Kejohanan Bola Tampar Piala Bendahari 2010 UMP.Namun semalam hanya pasukan wanita Pejabat Naib Canselor sahaja yang bermain.Pasukan lelaki akan turun gelanggang pada petang ni.Perlawanan pertama menentang Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektonik..Aku rasa berdebar jer dari pagi tadi..Biasanyer kalau berdebar begini,akan ada keputusan yang menggembirakan..tapi tak taulah kali ni aku punya debaran memberi makna seperti yang biasa.

Tahun lepas kami naib johan kejohanan ni,jadi tahun ni boss menetapkan sasaran sampai ike final..berat tuu! tahun lepas rasa cam nasib jer...seperti tahun lepas,tahun ni pun kami tak ada latihan seperti pasikan lain..hentam sahajalah.

Kami perlu menang dua game untuk jadi johan kumpulan,esok bertemu bendahari B..harapnya dapat melangkah ke separuh akhir..

Selamat berjuang untuk diriku dan rakan-rakan..kita main mcm biasa

KONTI..KONTI..KONTI

Tiga hari berturut aku kena konti, itu tak jadi hal..murah rezki namanya.Kat RTM ni hanya tinggal beberapa kerat ajer,yang lain sume pergi bersukan..Sukan 3 penjuru melibatkan 3 stesen iaitu Pahang,Johor dan Melaka/negeri sembilan.Kejohanan 2 tahun sekali ni telah lama bermula dan idea sukan rtm peringkat kebangsaan pun bermula dari sini..

Aku sempat dua kali menertai kejohanan ini,pertama di Johor dan ketika enjadi tuan rumah..kat Johor tu 5 tahun lalu.masa tu lewat 20an.memang best la bersukan..aku yang tak berapa pandai main bola ni pun boleh jaring hatrik,kalau terror?bayangkanlah..aku main bla,bola tampar,badminton,pingpong (fuhh..punya banyak,mcm nak mampus rasanya.Orang lain boleh gak jalan-jalan,aku ngadap game jer.

Bila ada kegiatan sukan begini yang menuntut ramai penyertaaan atlet,makanya banyaklah ruang-ruang konti yang perlu diganti.dulu orang kena ganti aku,sekarang aku pulak ganti orang.Juruteknik kat MCR tu,dari semalam hingga hari ni,aku tgk muka tu juga, esok pun sama.Macam tulah bertugas ditempat yang tidak boleh dihentikan operasinya ini walaupun sehari..takpenah lagi hari keluarga RTM ni dapat mengumpulkan semua staf..Besar pengorbanan mereka ni..itu belum citer bila hari raya lagi..

Semoga kontinjen Pahangfm membawa pulang kejayaan yang lebih besar berbanding tahun sebelum ni..esok aku akan telefon minta laporan.

Menjadi tabiat orang kita,semakin berusia,semakin maas bersukan..tak macam bangsa lain..usia bukan halangan untuk bersukancuma jenis sukan itu biar berpadanan dengan keupayaan dan kemampuan diri..Marilah Bersukan untuk Kesejahteraan dan Kesihatan..

SERONOK DAN BERONOK-RONOK


Alhamdulillah, hari ni baru dapat aku menaip kembali di ruang ini..terhad sangat kesempatan yang ada sejak kembali bertugas pada hari semalam..lama jugak la aku bercuti.

habis jer konti hari ahad lalu,aku terus balik berkemas dan terus bergerak ke Chini..mak ayah dan adik beradik dah tunggu.pas makan kami semua pun bergerak ke Johor Bahru..Aku ikut laluan muadzam-rompin-mersing-JB.Lebih kurang kul 8 malam sampailah ke destinasi..Kami semua lepak umah pak sedara aku..betul2 depan umah MB johor(aku kanal dia tapi dia jer tak kenal aku)

Ramai jugak yang dah tunggu,bapa sedara dari kedah pun dah sedia menunggu..kira meriah la pertemuan keluarga ni.Aku percaya ramai yang tak kenal sedara sendiri kerana duduk berjauhan dan ramaiii yang tak kenal sepupu sendiri terutamya golongan muda..kalau kita tak amik inisiatif untuk mencari sedara,sepupu dan sebagainya,memang takkan kenal dan jumpa.aku ada sorang bapak sedara yang aku hanya dapat berjumpa dan mengenalinya pada usia aku 30 tahun...sebelum tu tak penah jumpa...

Dah alang-alang sampai JB,maka aturcara pun disusun..aku ni temapat shoping aku tak suka sangat pegi melainkan ada barang nak beli,jadinya pagi isnin kaum hawa pergilah bershoping dan aku tunggu umah jaga anak bersama kaum adam yang lain..

Sebelah petang barulah kleuar berjalan-jalan ke Danga Bay..dapatlah tgk singapura yang dulunya adalah sebahagian daripada kita.Semuanya dah jadi sejarah,dan semua orang tahu tentang pemisahan singapura dengan malaysia..


Raamai pelancong terutamanya warga singapura yang berada di johor tambahan lagi sempena dengan cuti tahun baru cina.JB agak sesak..takpe yang penting dapat gak aku dan keluarga jalan-jalan.Bagi aku jala-jalan tu perkara kedua,yang pertama ialah dapat bertemu sanak-sedara



Sebelah malam pulak kami berBBQ..nasib baik takde karaoke..kalau tak,tak merasa aku pegang mic,sbb aku bukannya pandai nyanyi..

Moral daripada perjalanan ini ialah..carilah,dekatilah,eratkanlah dan mesralah dengan sanak saudara tak kira jauh atau dekat..jgn sampai kita tak kenal datuk sedara,bapak sedara dan sepupu-sepupu...

YEA..YEA..CUTI

Cuti tahun baru cina agak panjang juga..tapi aku tetap kerja kat konti hari sabtu dan ahad..haha.Takpe pasal aku nak menghabiskan cuti di Johor Bahru selepas habis konti hari ahad.Jom makan angin..

Semua ahli keluarga aku termasuk abng,adik dan mak ayah akan ke Johor..lama dah tak berkumpul..istimewanya kali ni berkumpul diluar negeri pahang..

Kepada yang akan bercuti dan melakukan perjalanan jauh, pastikan kereta dalam keadaan baik, telah di servis. Pandu ikut peraturan bukan perasaan. Semoga percutian kita semua membahagiakan. Tak kiralah dimana anda menghabiskan cuti, baiknya dapat bertemu ahli keluarga...

SELAMAT TAHUN BARU CINA DAN SELAMAT MENIKMATI PERCUTIANNNN.

UNTUK STAF PNC

Terima kasih ler jengok blog ni..

haaa pilih yang mana berkenan(khas untuk staf pejabat naib canselor



PEGEDIL...

Pagi tadi cam biasa aku dan ofis mate gi makan kat cafe student..(murah dan puas hati)..Banyak pilihan makanannya.lama jugak aku termenung memikir nak makan apa..sedang memilih-milih aku terpandang nasi himpit dengan lontong..mmm sedap juger ni..Kawan aku si man dah amik awal lagi dah.

Dekat tepi nasi himpit tu ada pegedil..untuk kepastian aku tanya kawan aku.."man,pegedil ke ni?"ha'ah"katanya.Sedap juga makan lontong dengan pegedil dan telur mata.

Aku amik pegedil satu, man pun sama..syed hafiz pun amik juga..Lepas bayar terus ke meja untuk makan..Aku makan lontong ..mmm sedap.potong pegedil skit,makan dengan lontong..mmmm sedap!!

Tiba-tiba syed bersuara, "woi, ni bukan pegedil,ini kuih kacang".
"ye ke? aku dah telan dah tapi tak perasan pun"kataku.man pun sama tak perasan..
Apa lagi pakat gelak ler..ada ke makan lontong berlaukkan kuih kacang..Kuih tu pulak dah terendam dalam kuahh lontong dalam pinggan..apa nak kata,makan jer la..(lupa plak aku nak amik gambar)

CATATAN TITIAN PERJALANANKU...3

Pada zaman awal aku berkonti dahulu tidak ada sistem sms, yang ada surat pendengar dan panggilan telefon.Aku juga tidak terkecuali menerima panggilan tel off air..masa lagu dimainkan ada pemanggil yang nak bersembang.Pemanggil pertama off air aku adalah pompuan..aku masih ingat dan akan ingat selamanya sbb kata-katanya yang sangat ikhlas menegur aku supaya menjadi lebih baik..Teguran dia banyak merubah cara aku berkonti..terima kasih teman.

Disamping penggilan itu ada juga pemanggil yang saja-saja nak sembang kosong..dari sembang kosong inilah akhirnya ia menjadi tragedi dalam hidup aku.Sumpah,aku penah kata kat dia (pompuan ni aku namakan Q)" q kalau aku jumpa kau aku akan ludah atas muka kau' aku cukup marah..

Semuanya bermula dari panggilan q ke konti pada waktu aku bertugas..tapi perbualan itu off air..q selalu call aku..lama-lama topik perbincangan dah jadi lain..Q mengaku bekerja di hospital sebagai jururawat..jadi aku pun tanyalah..takde ke doktor bujang.(aim doktor,misi takmau hehe) "ada doktor bujang,dia dok serumah dengan saya" kata Q.
"ye ke'? bolehlah kenalkan kat saya" kataku..
"boleh sanngat,dia pun selalu dengar awak kat radio,suka sangat dia masa saya sampaikan slam awak tu" kata q,.

Aku apa lagi.punyalah seronok..bermula saat itu,aku mula lah berhubungan melalui SMS dengan doc Z.Doktor Z dan Q bertugas di hospital bentong.
Bercinta dengan doktorlah katakan,sapa tak mau..Sepanjang tempoh itu aku tak pernah dengar suara dia,tak penah jumpa dia dan tak penah lihat wajah dia.Aku hanya bersms, yang lainnya,semuanya melalui Q.

Bermacam perkara pelik aku lalui masa tu..taknak percaya,ada buktinya.nak percaya ada keraguannya tapi aku adalah aku 'aku percaya bahawa orang takkan tipu aku sebagaimana aku tak tipu orang".aku terlalu percaya pada Q.

Q kata Z tak boleh jumpa aku sbb dia terkena buatan orang,jenuh berubat.Z juga tak boleh bercakap dengan aku sbb dalam proses perubatan..Beberapa kali aku cuba berjumpa dengan dia tapi tak jadi..Q kata Z dah sampai kuantan tapi terpaksa berpatah balik sbb ada benda menakutkan mengekori dia.

Setelah berhubungan beberapa bulan, mereka berdua dipindahkan ke Kuantan..Q minta aku carikan rumah sewa, malangnya kata dia,mereka kena tukar ke pekan semasa lapor diri..Dia bagi aku alamat rumah di Pekan tapi aku cari tak jumpa,yang peliknya Z boleh sms aku dan beritahu aku warna baju dan seluar yang aku pakai..betul plak tu.

Z juga ada tolong bayarkan bil hp aku..itu menyebabkan aku percaya walaupun banyak keraguan..Z minta aku sabar, sbb dia sedang berubat.

Terlalu banyak perkara yang berlaku dan aku masih belum sedar-sedar lagi, namun apa yang berlaku pada aku diperhatikan oleh seorang kakak kat RTM..satu hari dia panggil aku (aku banyak juga bercerita pada dia)Dia minta aku berfikir dan bukak minda...

Lepas tu aku ke hospital tgku ampuan afzan..aku ke bahagian pentadbiran bertanya ada tak staf nama Q dan Z..mereka semak untuk seluruh negeri Pahang..jawapannya TIADA,.

Kebetulan pada pagi yang sama Q bertolak dari kampungnya di Kuala KAngsar Perak nak balik ke Bentong..Dua jam sebelum tu dia baru nak bertolak..Aku call no tel umah yang diberi...seperti dijangka Q yang jawap..fuhhh..takkan tak sampai 2 jam dari kuala kangsar ke bentong..lagu betul.

"Q, aku dah semak dengan pihak hospital,nama ko dan Z takde" kataku
"sapa ko sebenarnya, apa yang ko nak"

Q kedu tak menjawab.."nuar,saya minta maaf"kata Q. "saya nak jumpa awak"
"aku akan ludah muka ko aku aku jumpa ko,penipu"kata aku dengan marahnya.

Semua yang berlaku adalah diluar kotak pemikiran aku,aku tak sangka ada orang sanggup menipu menjadi DUA orang dan berlakon dengan lakonan yang sangat hebat...selepas itu aku dah tak layan sesiapa pun...aku tak kecewa tapi aku sedih krn kepercayaan aku dipersendakan..Aku dah tak pedulikan org pompuan (isteri aku skrg pun orang carikan).

Itulah pengalaman pertama berharga aku dalam mengenal hidup dan warna-warna kehidupan.....

MALAM MINGGU

Ketika menaip ini aku sedang bertugas di dalam konti.sekarang ni jam 23:18..jam terahir tugasan aku untuk malam ini.Jam terakhir ni Pahangfm eyiarkan lagu-lagu irama padang pasir dan lagu-lagu arab sahaja.Satu kelainan bagi stesen-stesen radio tapi masalahnya alah aku tak faham lagu-lagu ni.Walaupun tak faham aku tetap enjoy,lagu-lagu arab baik yang klasik atau moden mmg sedap di dengar..

Malam ni bermula jam 9:20 adi aku buka talan untuk pendengar bersembang-tajuknya mudah sahaja "malam Minggu". Bagi orang muda dan bujang,malam minggu amat dinanti,maklumlah malam nilah nak keluar dan balik lewat skit,malam nilah nak jumpa buah hati.Namun ramai yang salah guna malam minggu dengan aktiviti yang tak berfaedah seperti merempit, menghabiskan masa dipusat-pusat hiburan dengan hiburan yang terlampau da ada juga yang terjerumus sehingga di tangkap khalwat.

Statistik yang di eluarkan oleh JAIP untuk tahun 2008 dan 2009 menunjukan peningkatan ketara pelajar IPT ditangkap khalwat.Senario ini membimbangkan, adakah krn mereka jauh dari kawalan keluarga, kebebasan hidup yang d nikmati kini atau mereka telah lupa asal tujuan mereka disini?

Malam minggu-banyak kejadian dan pelbagai perkara berlaku..Bai yang sudah berkeluarga, malam minggu digunakan untuk bersama keluarga sama ada dirumah atau menikmati suasana luar,maklumlah itulah masa terbaik yang ada yang dapat menghimpunkan sema ahli keluarga..

Ada juga yang suka mengabiskan malam minggu dgn lepak kat rumah dan tengok tv..Aku pulak setiap malam minggu ertugas menemani pendegar setia Pahangfm...terima kasih kerana setia mendengar aku....

SAKIT PINGGANG

Semalam aku menghabiskan masa seharian dengan bercuti..kebetulan isteri tersayang juga turut bercuti (sebenarnya banyak perkara yang perlu diselesaikan)dengan kata lain 'nama jer cuti tapi tak berehat juga.

Pukul 4 pagi khamis (lebih kurang) aku terjaga sbb sakit perut..ketika sedang melaksanakan tuntutan alam tiba-tiba pinggang aku seperti (tak dapat digambar dgn kata-kata) sakit sangat.Dengan segera aku selesaikan tugasan ku itu..punyalah sakit, berdiri sakit,duduk sakit,baring sakit,menungging sakit semuanya sakit. Tak keruan aku di buatnya.lAku tak tahu pulak apa puncanya..takkan di sebabkan menunaikan tuntutan alam sampai begitu jadinya..

Nasib baik aku ada simpan ubat tahan sakit untuk tujuan kecemasan seperti itu..aku telan sebijik tak berkesan lalu aku tambahkan dosnya..selepas diurut skit oleh isteri dan sedawa skit, barulah keadaan pulih. Alhamdulillah,sampailah skrg takde rasa apa-apa dah..

Pagi tadi aku call abg din kat rtm...dia tanya aku sihat ke tidak? jadi aku ceritalah perkara yang telah terjadi..
"hah..iya ke? tanya abg din
"abg din pun mengalami perkara yang sama tetapi selepas memberi salam" (dia buat Qiamullai)"memang sakit,tak boleh nak wat apa pun.

Kebetulannya, 2 orang anak lelaki abg din pun mengalami perkara yang sama.Sakit sebagaimana yang aku alami.

Kata Abg din pada waktu begitu ada angin jahat yang berkeliaran dan mungkin dia hinggap kat kita.....

Mungkin ada orang lain lagi yang turut mengalami perkara yang sama....

(ESOK BERMULA SESI UJI BAKAT RENTAK JUARA DI ADAMRTM PAHANG)
jOM RAMAI-RAMAI.....

best gak cuti....

Banyak hari tak menulis..nak bukak blog sendiri pun tak sempat.Apa pun hari ni akan ku mula kembali.

Alhamdulillah..siap dah soalan untuk peperiksaan perkhidmatan awam paper khusus yang aku buat..Harapnya di terima.mesyuarat panel pada minggu depan.Selesai satu kerja.
Aku terasa keletihan sangat dalam dua minggu ni..langsung tiada rehat walaupun hujung minggu.rasanya cam nak cuti esok ataupun aku patut amik cuti panjang skit, pegi makan angin kat mana-mana



Teringat masa aku bercuti kat cameron tahun lepas..seronok gak kalu gi makan-angin ni.

Oh ya..tak lama lagi tahun baru cina, cutinya agak panjang juga..Mungkin patut di manfaatkan sepenuhnya..itu pun kalau fulusnya mengizinkan...hehe

Semalam juga kat masjid UMP di adakan majlis solat hajat dan doa selamat, kebelakangan ni banyak musibah dan kemalngan yang berlaku.2 hari lepas 2 pelajar kemalngan dirempoh sebuah teksi ketika melintas jalan di hadapan UMP..Parah juga,terkejut aku bila ramai yang berlari keluar pejabat..rupanya nak tgk kemalngan tersebut..Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka yang di timpa musibah....

RELAKS JAP..HEHE..HAHA

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

DIPETIK DARI GELIHATI.BLOGSPOT

HUJUNG MINGGU

Dah ku kata, nak bercerita skit tentang program di Pekan tapi tak seronok sbb dah basi..Langsung tak berkesempatan untuk menulis..Sabtu seharian di Pekan (letihnyer) Ahad aku bertugas di konti (ruangan sahabat dikonti menampilkan musani lipat kajang).Kelam kabut juga aku masa tu,ada ke dibubuhnya iklan waktu rancangan sahabat di konti..Nak marah jugak aku tapi dapat di selesaikan dengan elok..bukan apa kesian ke sahabat yang datang dari jauh tapi dapat on air 5 minit jer..nasib baik tak berlaku begitu.

Petangnya aku berkejar pulak ke UMP..ada raptai untuk majlis amanat naib canselor 2010..cam biasa ler aku jadi emcee..

Buat sahabat2 pahangfm yang hadir ke program santai di pahangfm..ampun maaf dipinta kerana aku tak dapat menzahirkan diri di sana. Ramai yang hadir dan meriah petang sabtu tu..tahniah.Aku percaya ramai yang berbakat dan boleh pergi jauh dalam bidang nyanyian ni,terutama yang boleh pergi jauh...jauh. lagi ramai hehehe.