JUMAAT YANG SINGKAT

Selalu kita dengar orang berkata 'kejap jer ari jumaat ni"..Yelah itu yang dapat dirasakan terutamanya bagi orang lelaki..orang pompuan pulak waktu tengahari jumaat adalah waktu untuk shopping..rata cerok mall dipanjatnyer bersama rakan2 sepejabat..Mungkin hari lain susah nak jalan dengan rakan sepejabat terutama yang telah berumahtangga.Jumaat akan berlalu dan Sabtu pula datang..

Esok Sabtu..awal pagi esok aku kena pergi ke Pekan. Aku dipilih menjadi pengacara Pelancaran Digital Pekan 1 Malaysia (karnival ICT).Seharian la berkampung kat sana.Programnya esok,aturcara pun aku tak tau lagi.Aku takde maklumat langsung tentang apa yang akan berlaku esok.Penganjur kata datang jer nanti diorang beritahu.Aku kata okjer.

Khabarnya program tu besar..Dati Sri Najib pun ada dan yang aku tahu ada persembahan artis (sapa artisnya aku tak tahu)hehehe..

Apa pun Pekan memang meriah sejak ahli parlimennya jadi Perdana Menteri.

Aku akan cite lagi pasal Prgram kat Pekan selepas tamat acara

RELEKS JAP....HEHE..HAHA

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi... iaitu SITI, SERI, MURNI dan SURI... Satu hari mereka berpakat untuk kahwinkan anak2 nie serentak..

Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak itu pun bercadang untuk pergi HONEYMOON.

SITI pergi honeymoon ke PULAU LANGKAWI, SERI ke PULAU TIOMAN, MURNI ke PULAU KAPAS dan SURI ke PULAU PANGKOR...

Sebelum pergi, Mak Minah dan Pak Mat berpesan, "nanti jgn lupa hantar berita pada mak ayah. ceritakan macam mana honeymoon korang. tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dh cukup. ringkas, padat dan cepat." panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya...

Seminggu lepas tue depa terimalah surat dari SITI yang bertulis "STANDARD CHARTERED". tercari2lah kedua suami isteri nie iklan itu dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis "BESAR, TEGUH dan PERAMAH"... bahagialah si SITI rupanya...

Esoknya terima pula surat SERI yang bertulis "NESCAFE". Carilah iklan nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis "NIKMATNYA HINGGA KE TITISAN YANG TERAKHIR".. bahagialah si SERI rupanya..

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat MURNI bertulis "KFC". carilah iklan KFC dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yg bertulis "HINGGA MENJILAT JARI".. bahagialah rupanya si MURNI rupanya...

Seminggu berlalu tiada surat dari SURI. Mak Minah dan Pak Mat dah risau. 2 minggu, tak ada jugak.. masuk 3 minggu baru sampai surat dari SURI dengan isi kandungannya "AIR ASIA". Bergegas le Mak Minah dan Pak Mat mencari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya. Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum @ menangis.. Apa motif iklan tuh..??? "7 KALI SEMINGGU.. 3 JAM SEKALI.. NON-STOP!!!"

'Cerita ini dipetik dari laman koleksi cerita-cerita lawak'

CATATAN TITIAN PERJALANANKU...(2)



Bekerja sebagai dj radio ni kalau takde bende kat atas ni..tak kerjalah maknanya.Apabila bermulanya tugasan aku sebagai DJ,maka bermulalah siri persahabatan erat antara aku dan en mic (microfon).Kat mana aku bekerja disitu en mic ada dan dimana en mic ada,disitulah juga aku berada..aku dan en mic tak terpisah jua...hehe

Hari pertama aku mula tugas konti secara 'one man show' pearghh..masuk konti kul 6 hari jumaat..Hari tu sejak pagi lagi aku dah rasa seram sejuk..rasa cam nak tarik diri pun ada.Kalau aku tarik diri,maunya aku kena seranah.Aku juga dah tak lalu makan..memikir apa yang bakal berlaku sepanjang 3jam aku berkonti nanti..

Lepas asar ajer aku dah bersiap,mandi,semayang,makan(sebelah pagi tu aku dah menyelongkar loker dan bawah meja dj rohan-cari cd,aku dj baru mana ada cd sendiri.zaman tu plak kena bawa cd ke konti bukan mcm sekarang.Pukul 5 aku dah siap dan masuk RTM,'awal sampai?'tegur pengawal kat pondok pengawal..aku sengih jer,takde selera nak menjawap..dada punya kuat berombak.Aku tak senang duduk menunggu giliran,kehulu tak kena,ke hilir tak kena,duduk tak selesa..kuraang lebih 15 minit nak pukul 6..tiba-tiba perut pulak meragam..ahh waktu nilah dia nak meraagam pun..kelam kabut aku ke jamban.Tak boleh menung lama-lama,masa dah suntuk.

Akhirnya 5 minit sblm kul 6 aku dah masuk..konti ni punyalah sejuk..walaupun berpeluh tapi tetap sejuk.Masa ti takde lagi sistem digital..lagu diputarkan guna cd player,piring hitam pun ada.Bahan-bahan berakam di simpan dalam tape (tape tu pun dah bertahun aku tak tengok).Aku siapkan bahan dan letakkan cd sambil tunggu berita dari radio 1 tamat..Aku punyalah gabra sampai aku tak sedar,pukul 6 hingga 7 setiap jumaat ada rancangan agama dari radio 1,nasib baik aku terpandang jadual siaran..fuhhh nasib baik aku tak amik.Maknanya aku on air 2 jam jelah..heheh

Selepas berita jam 7,aku mula amik alih siaran dari radio 1, dengan sedikit panduan pada skrip aku memulakan bicara...hahahaha..kelakor.Aku tak tahulah orang kat luar ubah siaran ke tak?Yang tak boleh aku lupa masa nak siar azan magrib..pengumuman punya cantik 'saudara muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian,sebentar sahaja lagi pada tepat pukul 7.18 minit malam akan kedengaran azan menandakan masuknya waktu sembahyang fardu magrib bagi kawasan kuantan,pekan, rompin serta kawsan-kawasan yang sama waktu dengannya'kata aku..Habis jer pengumuman tu nak up fader azan la....sekali keluar lagu (slah fader daaa) Fuhh menggelupur aku..berpeluh dalam kedinginan.Cepat2 aku tutup fader tu dan naikkan fader yang disebelahnya.....Lebih kurang macam kat bawah nilah(yang kat bawah ni dah canggih..dulu lain




Fuhh aku punyalah takut..juruteknik bertugas bergegas masuk..'ngapa nuar',tanya dia.'salah tolak fader'kata aku..

"berhati-hati skit"

Belajar dari kesilapan adalah pengajaran terbaik..aku sanagt beringat tentang hal tersebut.nasib baik takde komplen...Mood aku pada waktu Allah sahaja yang tahu..rasa nak balik dan berhenti..Tak tahulah apa berlaku pada aku..tunggu isnin,pasti boss panggil...itulah dia,hari pertama aku konti.....

DEMAM..

Semalam aku melepek kat umah kerana deman dan tonsil..demam tu berpunca daripada tonsil yang aku hadapi..nak telan liur pun sakit.aku jumpa doktor,dia semak semula rekod rawatan aku dan aku agak kerap kena tonsil..Aku kena tonsil akhir tahun 2008,pastu september 2009,pastu disember 2009 dan terkini semalam..

Doktor nasihat aku supaya cuba amik makanan tambahan,elakkan habuk dan elak merokok..andai selepas ini masih berlaku dalam keadaan yang kerap,mungkil tonsil aku perlu di buang.'Hahh..kena buang!terjejaslah suara saya nanti' tanya ku..

'Tak,Tonsil ni ibarat jaga,tugasnya mengesan dan menghalang bakteria masuk bersama makanan kedalam perut..tapi apa gunanya ada jaga kalau jaga tu asyik sakit jer dan menyusahkan tuannya'..kata doktor.

'Itu pilihan terakhirlah doktor' saya akan mengamalkan gaya hidup sihat..

Seharian semalam aku tidur jer..sebelah petang rasa sihat skit jadi tolong kemas rumah,sian jugak kat 'mem besar'.Dia urus segala perkara masa aku tak sihat..bu8at yang menanti catatan titian perjalananku..saborrr yer..banyak sangat dalam kepala,tak tau nak mula yang mana.....

BATAS WAKTU..

Seminggu dua ni masa ku sangat terbatas..aku baru mula menulis tentang perjalanan hidup sebagai penyampai radio..ketika menulis ni aku sedang konti..suasana tidak rancak kerana negeri Pahang turut berkabung dengan kemangkatan Sultan Johor..Lebih tidak rancak lagi,aku sekarang ni sedang tak sihat..

Badan rasa lemah,tekak bengkak,Panas sejuk jer rasanya.Tak seronok konti dalam keadaaan begini.aku tak suka suasana sayu dan slow..apakan daya,kesihatan nak kena jaga juga,arahan perlu dituruti.Pasti konti ni boleh terus gi klinik,jangan biar melarat..

Jap tadi aku buat iklan produk SD II..produk menguruskan badan.aku terkejut tgk kak dah punya gambar 4 bulan yg lalu..berat diamasa tu 80kg, skrg ni tinggal 58kg..Rasa cam nak cuba jer..Opps aku dah cuba pun..dah habis setin..aku ni tak berapa pantang,turun juga tapi tak banyak..pinggang aku mmg ada rasa kecik skit.

Esok..kalau keadaan tak mengizinkan mungkin aku cuti..hari ni plak ada proses penamaan calon untuk pilihanraya kampus UMP..Minggu depan minggu yang sangat sibuk..aku kena buat soalan untuk peperiksaan perkhidmatan awam..fuhhh banyak tul keje..demam lagi akuuuu..hahaha.

Hidup ni kalau mendatar sahaja,tiada cabaran dan tiada yang baru..pasti membosankan..

CATATAN TITIAN PERJALANANKU...

"Woi nuar, haji ali nak jumpa ko" kata Lan.Aku yang tengah mengeliat atas katil beralaskan tilam nipis terkejut dengan kedatangannya. "nak buat apa dia jumpa aku,aku bukan staf dia" kataku berserta 'nasi tambah'."Entah,dia kata nak buat uji bakat, kak nik dah tunggu kat bilik rakaman". Hah..!! biar betul. Aku melompat turun dari katil (tempat tinggal aku dengan Lan ialah pondok kecil sebelah surau RTM,masa tu aku masih menganggur tapi tidak sepenuh masa) "Jap aku bersiap..

Kurang lebih 10 minit, aku dah pun berada di muka pintu studio rakaman RTM (bangunan lama dengan pondok aku tinggal..punyalah dekat.kentut pun dengar)Kak nik dan seorang juruteknik (lupa sapa) dah ada kat situ.."nak buat uji bakat ni, DJ kurang sorang,ada slot kosong".(Raja idris menamatkan tugas sebagai dj sambilan kerana bertukar tempat bertugas di kwsp Bahau.)"ok kak nik,nak buat macammana ni?"
"Awok baca jer skrip tu" kata kak nik.

Aku pun masuk,mengadap mic dan skrip.mula-mula baca berita,pastu tu buat aksi dj skit..Uji bakatnya simple sangat(mungkin diorang tahu aku ni berbakat..hehe)'Ok luluslah ni,nanti tunggu Haji ali panggil (Hj Aki adalah ketua bahagian rancangan masa tu)

Tak sampai seminggu aku di arah supaya buat double banking(belajar dengan orang lama)..Lebih Kurang dua minggu berlatih,aku mula kendali sendiri konti pada setiap ahad 6.00-9.00 malam.

Itulah bermulanyer aku menjadi DJ..rezeki aku,semuanya dipermudahkan.Sebenarnyer orang kat RTM dah kenal aku..aku buat praktikal kat situ masa blajar di USM dulu.masa tu lagi bakat aku telah di cungkil.Aku bermula sebagai dj radio pada februari 2001.macam mimpi,aku kini bergelar DJ radio..aku sendiri terkejut,aku ni seorang yang tak suka dengar radio,,lagu-lagu dan artis ni lagilah aku tak amik tau tapi bermula saat itu hidup aku berubah dan Disinilah catatan titian perjalanan ku bermula.

CANGGIH...


Semalam tak sempat nak posting apa-apa kat sini..Seawal kul tujuh pagi dah bertolak ke KL bersama dengan 2 orang staf..Kami dijemput ke FINAS untuk satu demonstarsi BMS wirelee Camera Transmitter System oleh sebuah syarikat dari luar negara..

Mulanya aku malas nak pegi..tapi kena pegi gak nanti tak tahu lagipun tak pelah aku dah lama tak ke KL.Sampai kat FINAS dah kul 10 lebih..nasib baik sempat,taklimat baru jer mula jadi tidaklah ketinggalan,ramai juga yang hadir.Selepas dengar taklimat kami ditunjukkan pula bagaimana sistem itu berfunggsi.(tak payah citer detail lah)Memang canggih secanggih harganyer juga..pearghhh.Selepas bertonyer beberapa ketika dengan pihak syarikat tu,aku,geng aku dan sekumpulan kenalan baru dari Bukit Aman merebut peluang untuk melawat Sound studio baru di FINAS iaitu MIX Studio..

Kami dibawa masuk ke satu studio di mana kerja-kerja mixing audio dijalankan.(aku nak citer pun susah,canggih sangaat) Yang penting di studio nilah dibuat sistem bunyi Dolby, yang bila kita tgk kat panggung,rasa nak pecah jantung.


Canggih...sekarang ni para karyawan filem tak perlu lagi keluar negara untuk buat kerja-kerja ni..bertmula daripada peringkat awal kerja-kerja audio hinggalah siap satu filem boleh di baut dalam negara jer..dimaklumkan negara pembuat filem luar negara juga menggunakan kemudahan yang ada ini (maunya tak..rege barang-barang ni rm30juta yang ada dalam bangunan tu..Aku puas hati juga dengan lawatan tak dirancang tu terima kasih kpada kakitangan FINAS yang sudi melayan kami.



Kurang lebih kul 12, kami meninggalkan FINAS dan terus cari tempat untuk mengisi perut..Hahaha...tengahari tu kami pekena nasi arab kat restoran Al rawsya..Umang aii..punyalah bannyak nasi dia..panas badan aku sampai hari ni sbb pekena kambing..Tak terabis aku,2 oarang lagi member aku ni,sekelip mata jer licin pinggan..

Lepas makan terus balik..aku tertidur dalam perjalanan,sampai ofis kul 4 ptg..Beruntung kita ada LPT..boleh gi KL balik ari dengan cepat dan pantas..itulah nikmat pembangunan..Minggu ni aku agak sibuk,esok ada projek plak kat Pekan...menulis pun terkejar-kejar..

"KALAU SENANG BUATLAH SENDIRI"

Hari ni aku lewat sampaiofis..aku amik time off 2 jam.Awal pagi tadi rasa letih amat, maklumlah sabtu dan ahad menjadi hari rehat pada kebanyakan orang tapi tidak bagi aku..biasanya sabtu dan ahad hari aku memenuhi undangan pengacaraan majlis dan bertugas di konti.

"Alah,jadi pengacara majlis,bukannya susah,cakap jer< itu pun nak minta bayar mahal-mahal"ungkapan biasa yang keluar dari mulut orang yang tak mengerti."kalau senang buatlah sendiri" ayat biasa kalau aku menjawab.(orang kata mulut aku pedas dan bisa-tapi blum pernah lagi aku kena maki.Mgkin bisa dan pedas aku masih boleh diterima kot.aku yang dah biasa jadi MC untuk pelbagai acara besar dan kecik pun masih rasa gemuruh apatah lagi yang belum penah.Bukan senang nak mengendalikan majlis,salah buat malu penganjur,slah buat suram majlis,tak kena cara lintang pukang majlis orang.besar tanggungjawab sebagai MC.Kena faham protokol,kena faham khalayak,kena peka dengan suasana semasa.paling susah nak hidupkan majlis dan buat orang gelak...Alhamdulillah..setakat ini aku belum penah gagal..akan datang aku tak tahu.

Semalam aku dapat satu lagi job sebagi MC untuk program di Pekan bersama Perdana Menteri..Kerja aku meriuhkan suasana(tu yang aku suka)anjuran SKMM pada 30 jannuari.Dah beberapa kali aku jadi MC dengan kehadiran Dato' Seri Najib..semoga semuanya berjalan lancar.Aku tak berapa suka sangat jadi MC untuk majlis yang formal..sbb kena ikut teks dan protokol (itupun kadang2,aku langgar jer.

Panjang kalau nak cite pasal pengacaraan majlis, itu belum lagi pasal cerita kat konti heheh..apa pun pekerjaaan ini suatu yang sangat menyeronokan..AKU SUKAAAa.RAmai orang kenal kita dan kita boleh kenal ramaiii orang...kan bagus punya ramai kenalan

Ohya ..Semalam aku jemput seorang sahabat untuk ruangan sahabat dikonti, QASIH nicknamenyer..orangnya berbakat dalam bidang seni,pernah menulis lagu,skrip drama dan pelbagai lagi.bagi aku semua orang adalah hebat dan punyai kelebihan masing-masing jadi jangan pandang rendah pada sesiapa pun apatah lagi dengan pandangan pertama.TQ Qasih dan temannya yang sudi memenuhi undangan aku semalam..

ohhh Sabtu....

Pagi sabtu,mmm..aku bawak anak dan isteri sarapan kat luar..dah lama tak buat begitu sbb aku sll ada kerja hari sabtu..aku ke satu gerai yang dah setahun lebih aku tak pegi..letaknya dekat jalan mat kilau belakang telekom kuantan..Alhamdulillah, peniaga kenal lagi aku, dulu masa aku fulltime kat RTM, situlah aku dan kwan2 bersidang.spercial kat situ mee kari dgn mee sup..pearghh.

lepas makan pegi cari barang anak dan barang anak mak mertua serta jelaskan bill..ni yang aku malas tapi kena juga beratur kat pejabat pos.Kul satu lebih baru balik..anak aku dah tertidur keletihan,,sian.

Petang ajer masa aku untuk berehat..malam ni aku akan on air (konti) kat pahangfm..bermula kul 9 sampai 12.sepatutnta aku ada proggram khas tapi aku tak bersedia lagi nak buat...tgklah malam ni mcm mana.Malam minggu ni eloknya mainkan lagu dan maklumat ringan jer.

Itulah rutin aku.kerja bermula isnin hingga ahad setiap minggu.esok ahad konti lagi kul 9 pagi..masa rehat aku terhad tapi aku minat daan aku akan terus buat selagi diperlukan dan ada orang mendengar.Bertugas sebagai DJ radio adalah satu kerjaya yang paling seronok yang pernah aku buat.Kerjaya ni tak ramai orang..bagi aku populariti tak penting yang penting misi aku sampai.apa misi aku? Semuanya nanti dalam catatan titian pejalananku....tungguuuu..

Ohya..sahabat dikonti esok telah dikenal pasti...tunggu kemunculanya di corong radio anda esok kul 11.30 pagi...

ISSHH..TAK SANGKA

Beberapa bulan lepas aku ada join satu program MLM...Sebenarnya aku tak minat dan tak reti nak ngajak orang ni tapi malu alah ke kawan baik, sain la juge.melayang dekat 200 hinggit..aku tak penah promote dan ngajak orang pun selama tempoh itu..tiba-tiba petang semalam aku dikejutkan dengan satu sms..'congratulation,levelling incentive has been credited'.Fuhhh mende pulak ni..terus aku bukak website tu..login masuk dan tengak..wahhhh banyak jugak duit aku..(tak wat apa-apa pun ada duit).

Aku terus call member tu.."woii banyak jugak duit aku walaupun goyang kaki" kataku dengan bangga.."ko memang la goyang kaki, aku yang teruk carikan downline untuk ko"katanya dgn sinis dan marah-marah sayang kat aku...Hehehehe.

Tulah dia, kalau sapa-sapa nak ajak aku buat mlm..buatlah macam kawan aku ni...baru aku join..Tapi bila tengok dah ada duit,rasa syok pulak,senang wat rupanya...Kalau ada sapa-sapa yang minat, jangan cari aku...malas aku nak terangkan.

Ptg semalam juger aku dapat seorang penjengok blog ni dari vietnam (kawan aku tu)..tapi dia tak faham apa yang aku tulis kat sini.Nanti aku buat blog berbahasa vietnam pulak...heheh

Aku rasa amat berbesar hati, walaupun blog ni baru 5 hari dah ramai yang jengok dan pollow this blog..trima kasih banyak..nanti aku promosi blog ni kat radio...Ohnyaa..pasal siri titian perjalanan hidupku...harap sabar yer..masa terlimited.Kelompen mgkin boleh bantu kot...

Boss Dah Balik.....

Kuarang lebih seminggu kat ofis aku takde boss..aku aku pegi Switzland ikut rombongan Dato' Naib Canselor...Baru aku sedar..patutlah aku cam malas jer nak datang ofis,,rupanya bos takde.kurang skit semangatnya.

Hari ni semangat tu lain skit,"Welcome home bos...lain nampak? kurus dan nampak cerah skit" hehehe kataku pada bos.."sejuk kat sana,salji punya tebal..apapun makan nasi jugak sedap" balas beliau.Tulah kata pepatah'hujan emas negeri orang,hujan batu negeri sendiri-baik negeri sendiri.Dimana bumi dipijak,disitu langit dijunjung.Oh ya bos bawak balik buah tangan berupa coklat dari switzland untuk setiap org kat ofis aku. Tq bos.ingat kat anak buah.Memang dah mcm tradisi kat ofis aku, kalau ada sesapa yg gi mana2.balik pasti ada buah tangan.

Diam tak diam aku dah keje kat UMP ni setahun 5 bulan.cepat btul masa berlalu.Lapan tahun kat RTM..hari2 aku on-air..kini tak lagi,cuba sabtu dan ahad jer.banyak kenangan daripada awal aku bermula sehingga aku berada dikemuncaknya..nantilah semua tu akan aku kongsi kat sini dalam titian perjalanan dj anuar (bukan apa aku nak flashback memori aku ni)

Malas tulll

Awal pagi tadi dah menggeliat.."hari ni cuti lah..badan rasa tak larat jer" kataku kpada mem besar..Dia diam jer..Tah macam mana,fikiran ku berubah,terus bangun,bersiap dan sedar-sedar dah ada kat ofis..Wahh!! sungguh luar biasa perlakuan ku hari ni.banyak perkara berlaku di luar sedar..hehe. sejak masuk ofis tadi aku dah siapkan beberapa perkara..Ohya masa on the road ke ofis tadi ada perkara yg memanaskan hati..

aku tak faham mengapa orang suka pandu kete ikut suka kepala hotak dia.Dah lah laju,potong pancung lak tuu.hangin satu badan aku..tapi aku cepat cool krn aku tgk yang pandu tu bukan orang tapi LEMBU .buat apa marah kat lembu,nanti kita pun jadi lembu.aku pun heran kenapa JPJ bagi lesen kat dia..patutnya orang jer boleh dapat lesen,ini LEMBU pun dapat lesen dan boleh memandu kereta..pada aku Pemandu yang sewaktu dengannya tu adalah lembu.Kalau orang tentu dia tak wat perkara yang boleh membahayakan diri dan orng lain. Kalau aku jumpa dia aku akan kata "laa..lembu rupanya yang bawak kereta...tak jadi la nak marah"

Apa agaknya kata dia atau apa agaknya terjadi kat aku?

Kelakor

hari kedua belajor tentang blog...hari ni aku up date profile,, amende ke susahnyan nak masukkan besday tak boleh2..heheh.aku yang tak terer ke format tu yang tak betul..tak pe pelan-pelan.tapi nanti lambat pulak.tq relevan yg tanpa jemu memberi bimbingan.Bagus gak jemput dia kat konti ari tu..banyak ilmu dapat..sekarang ni tgh cari ilham untuk jemput sapa plak kat konti untuk segmen sahabat di konti...ramai yang berminat.

Jadinya kena ikut giliran lah..seminngu sekali jer..jadi sama-samalah tunggu sapa agaknya sahabat dikonti ujung minggu ni..rasanya nak jemput sahabat yang hot skit...
tadi salam permulaan...satu pengalaman dan ilmu baru..skg kawan nak jadi bloggger plak..tq mr relevan atas tunjuk ajar..untuk permulaan ini jelah dulu.banyak lagi nak kena blajor..maklumlah kawan ni buah cempedak di luar pagar...

Salam perkenalan

Salam