KERJA HUJUNG MINGGU

Bekerja hujung minggu mungkin biasa bagi sesetengah orang dan mungkin luar biasa bagi seseparuh orang..Bagi aku biasa dah sebab jadual kerja aku bermula isnin hingga ahad..isnin ikut waktu pejabat di UMP dan sabtu ahad aku di RTM.

Begitulah setiap minggu selagi ada hayat dan kudrat serta selagi khidmat diperlukan.Malam ni aku kena ganti konti kat phangfm,esok seharian kat UMP ada karnival Jom masuk u, malamnya pulak aku konti lagi.Hari ahad pulak aku cuti konti sebab karnival jom masuk u masih berjalan.

Fuhhh...banyaknya kerja aku tapi..ishh..ishh.(cari rezki untuk keluarga)

Aku sentiasa berdoa semoga diberi kekuatan,kesihatan dan kelapangan supaya aku dapat terus menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberi dan semoga aku tidak lalai dengan urusan duniawi semata-mata..

kenduri

hampir 2 minggu aku tak menulis..langsung tak berkesempatan dan putus ilham..tapi takpe ku gagahi juga setakat terdaya..lama tak menulis ni rasa gian juga tapi masa membataskan segalanya.(alasan la tu)

Macam biasa la musim cuti sekolah ni banyak majlis kenduri kawin berlangsung dan aku tidak terkecuali daripada menerima jemputan dan memenuhi jemputan.

Ahad yang lalu aku tak berkonti kerana jiran aku mengadakan majlis menyambut menantu..adat berjiran kena diberi keutamaan..aku tak kisah sangat dengan kerja-kerja bergotong royong majlis kenduri ni tapi yang aku tak nak sangat buat ialah apabila tuan rumah berhajat aku jadi dj di majlis tersebut..Bukan aku sombong..tidak sama sekali tapi aku tak reti nak buat camner..aku tak biasa.Kat konti aku merepek sorang2,takde orang tengok..kat majlis kawin dah tentu ramai orang..



aku tak reti nak cakap apa kat tuan umah..akhirnya aku mengaku jer sanggup..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan bantuan tuan punya PA sistem..Kalau aku sorang ajer tak tau la..mungkin lagu ajer dan kata-kata yang sama ajer ler yang keluar.



Moralnya jangan ingat DJ radio boleh buat semua keje ke'DJ'an ni..Jadi aku respek kat semua dj majlis kahwin dan dj-dj kat pasaraya..(aku dah tentu tak boleh buat).Begitu juga,bukan semua DJ boleh jadi pengacara majlis atau show..yang 2 ni memang kepakaran aku...(kira boleh la)

MATA & VINCE

Malam mingguyang lepas aku konti,aku bawak satu tajuk ringan yang mudah untuk dibincangkan iaitu airmata..ramai caller yang beri pandangan dan ulasan namun semuanya berkisar tentang kesedihan.Ada yang mengalir airmata bila ada kematian,perpisahan dan sebagainya yanag berlaku secara realiti namun yang aku tak faham air mata boleh mengalir juga bila tgk citer hisdustan.ishh..ishh.

Memang banyak peristiwa yang berlaku mutakhir ini yang mampu menumpahkan airmata kita..bencana yang mengorbankan ribuan nyawa berlaku dibeberapa tempat didunia amat menginsafkan.Paling memilukan bila kita disajikan dgn kes penderaan kanak-kanak yang membawa kematian, pembuangan bayi (dahlah dibuang, dibakar pulak tu.manuasia semakin hilang kewarasan dan rasa insani.Adakah kehidupan kita hari ini telah membawa kita jauh dari pegangan agama? Hidup hanya memburu keseronokan tanpa mempedulikan halal dan haram...Seluruh masyarakat bertanggungjawap atas apa yang berlaku.

Jauh pulak ulasan aku..sebenarnya dalam perbincangan malam tu, aku nak lihat sejauh mana caller boleh menterjemahkan tajuk airmata tu dalam konteks yang berbeza.namun semua citer pasal airmata yang mengalir.Takde yang citer betapa hebatnya airmata yang diciptakan Allah untuk melindungi mata kita.

Sedar tak..airmata bukan sekadar air..ia ada 3 lapisan iaitu lapisan pertama minyak,kedua air dan ketiga lendir yang mempunyai fungsi berbeza..subhanallah.Bayngkan kalau tiada airmata?

Aku suka kepada kepelbagaian lontaran idea dalam sesuatu diskusi yang berpaksi kepada persoalan pokok namun tak semua mampu berfikir diluar lingkungan..ada tapi mereka tidak menjadi pemanggil hnya mahu menjadi pendengar.

Konti hari ahad aku ada tetamu seorang artis..pernah menjadi juara af1.sapa lagi Vince la.Perbualan biasa berkisar tentang promosi album terbaharu dia, dan keadaan semasa industri hiburan tanah air kita yang semakin suram..aku anggap dia berani mengeluarkan album kerana umum tahu jualan album sangat lembab..apa pun selamat maju jaya buat vince

PADAN MUKA...

Telefon kena curi? memang hangin satu badan kan?tambahan lagi kalau telefon mahal.Kita rugi yang untung pencuri tu,sbb dia dapat jual atau guna sendiri.

Disini aku nak kongsi supay pencuri tu menyesal curi hp kita kerna dia tak dapat nak aktifkannya.Caranya sila dail #06# lepas tu 15 digit no siri tel bimbit anda akan tertera di skrin..no ni adalah unik untuk setiap tel bimbit.Catatkan dan simpan ditempat selamat (jgn save dalam hp tu juger).

Bila tel kena curi,(guna tel org lain) hubungi pusat servis tel korang tu dan berikan kod no siri tersebut.Mereka akan mengunci sistem dalam tel bimbit korang tu dan sesiapa yang mencurinya akan hampa dan keciwa krn tak dapat guna walaupun kad sim dah tukar.

Jadi walaupun tel bimbit dah kena curi dan kita marah dan rugi,namun sekurang-kurangnya kita puas hati kerana pencuri tak dapat guna atau jual tel tu..padan muka kita dan muka pencuri tu...

112

Ada satu perkara yang aku nak kongsi bersama..hampir semua daripada kita ada memiliki telefon bimbit..ada yang tahu menggunkanya sepenuhnya dan ada yang hanya tahu sms dan call sahaja walaupun telefon tu amat canggih..

Pemilik telefon bimbit perlu sentiasa ingat no 112.Ini lah nombor kecemasan yang perlu didail oleh pengguna telefon bimbit.Jika anda daalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon, maka cubalah dail no 112.

Menariknya no ini boleh didail terus walaupun papan kekunci dikunci(keypadlock).

SUKU

Yang terakhir aku tulis pasal bola tampar..hari ni pun masih yang sama.Pasukan aku dengan sengaja menjadi naib johan kumpulan C..kalau ikut bacaan laluan ke final akan lebih mudah..nampak gayanya macam tulah.Semalam kami masuk pusingan kedua.kami jadi johan kumpulan apabila menang kedua-dua game.Senang sangat takde tentangan pun\.

Hari ni kami main lagi,peringkat suku akhir.Pasukan lawan boleh tahan juga,tapi itu tak jadi hal..adat bermain ada kalah ada menang,salah satu mesti dapat punya tapi kalau boleh nak menang la..

Semoga melalui usaha gigih (tak pernah berlatih pun) yang diusahakan selama ini akan membuahkan hasil..harapnya seperti tahun lalu dapat sanmpai ke final.