Pada zaman awal aku berkonti dahulu tidak ada sistem sms, yang ada surat pendengar dan panggilan telefon.Aku juga tidak terkecuali menerima panggilan tel off air..masa lagu dimainkan ada pemanggil yang nak bersembang.Pemanggil pertama off air aku adalah pompuan..aku masih ingat dan akan ingat selamanya sbb kata-katanya yang sangat ikhlas menegur aku supaya menjadi lebih baik..Teguran dia banyak merubah cara aku berkonti..terima kasih teman.
Disamping penggilan itu ada juga pemanggil yang saja-saja nak sembang kosong..dari sembang kosong inilah akhirnya ia menjadi tragedi dalam hidup aku.Sumpah,aku penah kata kat dia (pompuan ni aku namakan Q)" q kalau aku jumpa kau aku akan ludah atas muka kau' aku cukup marah..
Semuanya bermula dari panggilan q ke konti pada waktu aku bertugas..tapi perbualan itu off air..q selalu call aku..lama-lama topik perbincangan dah jadi lain..Q mengaku bekerja di hospital sebagai jururawat..jadi aku pun tanyalah..takde ke doktor bujang.(aim doktor,misi takmau hehe) "ada doktor bujang,dia dok serumah dengan saya" kata Q.
"ye ke'? bolehlah kenalkan kat saya" kataku..
"boleh sanngat,dia pun selalu dengar awak kat radio,suka sangat dia masa saya sampaikan slam awak tu" kata q,.
Aku apa lagi.punyalah seronok..bermula saat itu,aku mula lah berhubungan melalui SMS dengan doc Z.Doktor Z dan Q bertugas di hospital bentong.
Bercinta dengan doktorlah katakan,sapa tak mau..Sepanjang tempoh itu aku tak pernah dengar suara dia,tak penah jumpa dia dan tak penah lihat wajah dia.Aku hanya bersms, yang lainnya,semuanya melalui Q.
Bermacam perkara pelik aku lalui masa tu..taknak percaya,ada buktinya.nak percaya ada keraguannya tapi aku adalah aku 'aku percaya bahawa orang takkan tipu aku sebagaimana aku tak tipu orang".aku terlalu percaya pada Q.
Q kata Z tak boleh jumpa aku sbb dia terkena buatan orang,jenuh berubat.Z juga tak boleh bercakap dengan aku sbb dalam proses perubatan..Beberapa kali aku cuba berjumpa dengan dia tapi tak jadi..Q kata Z dah sampai kuantan tapi terpaksa berpatah balik sbb ada benda menakutkan mengekori dia.
Setelah berhubungan beberapa bulan, mereka berdua dipindahkan ke Kuantan..Q minta aku carikan rumah sewa, malangnya kata dia,mereka kena tukar ke pekan semasa lapor diri..Dia bagi aku alamat rumah di Pekan tapi aku cari tak jumpa,yang peliknya Z boleh sms aku dan beritahu aku warna baju dan seluar yang aku pakai..betul plak tu.
Z juga ada tolong bayarkan bil hp aku..itu menyebabkan aku percaya walaupun banyak keraguan..Z minta aku sabar, sbb dia sedang berubat.
Terlalu banyak perkara yang berlaku dan aku masih belum sedar-sedar lagi, namun apa yang berlaku pada aku diperhatikan oleh seorang kakak kat RTM..satu hari dia panggil aku (aku banyak juga bercerita pada dia)Dia minta aku berfikir dan bukak minda...
Lepas tu aku ke hospital tgku ampuan afzan..aku ke bahagian pentadbiran bertanya ada tak staf nama Q dan Z..mereka semak untuk seluruh negeri Pahang..jawapannya TIADA,.
Kebetulan pada pagi yang sama Q bertolak dari kampungnya di Kuala KAngsar Perak nak balik ke Bentong..Dua jam sebelum tu dia baru nak bertolak..Aku call no tel umah yang diberi...seperti dijangka Q yang jawap..fuhhh..takkan tak sampai 2 jam dari kuala kangsar ke bentong..lagu betul.
"Q, aku dah semak dengan pihak hospital,nama ko dan Z takde" kataku
"sapa ko sebenarnya, apa yang ko nak"
Q kedu tak menjawab.."nuar,saya minta maaf"kata Q. "saya nak jumpa awak"
"aku akan ludah muka ko aku aku jumpa ko,penipu"kata aku dengan marahnya.
Semua yang berlaku adalah diluar kotak pemikiran aku,aku tak sangka ada orang sanggup menipu menjadi DUA orang dan berlakon dengan lakonan yang sangat hebat...selepas itu aku dah tak layan sesiapa pun...aku tak kecewa tapi aku sedih krn kepercayaan aku dipersendakan..Aku dah tak pedulikan org pompuan (isteri aku skrg pun orang carikan).
Itulah pengalaman pertama berharga aku dalam mengenal hidup dan warna-warna kehidupan.....