CATATAN TITIAN PERJALANANKU...3

Pada zaman awal aku berkonti dahulu tidak ada sistem sms, yang ada surat pendengar dan panggilan telefon.Aku juga tidak terkecuali menerima panggilan tel off air..masa lagu dimainkan ada pemanggil yang nak bersembang.Pemanggil pertama off air aku adalah pompuan..aku masih ingat dan akan ingat selamanya sbb kata-katanya yang sangat ikhlas menegur aku supaya menjadi lebih baik..Teguran dia banyak merubah cara aku berkonti..terima kasih teman.

Disamping penggilan itu ada juga pemanggil yang saja-saja nak sembang kosong..dari sembang kosong inilah akhirnya ia menjadi tragedi dalam hidup aku.Sumpah,aku penah kata kat dia (pompuan ni aku namakan Q)" q kalau aku jumpa kau aku akan ludah atas muka kau' aku cukup marah..

Semuanya bermula dari panggilan q ke konti pada waktu aku bertugas..tapi perbualan itu off air..q selalu call aku..lama-lama topik perbincangan dah jadi lain..Q mengaku bekerja di hospital sebagai jururawat..jadi aku pun tanyalah..takde ke doktor bujang.(aim doktor,misi takmau hehe) "ada doktor bujang,dia dok serumah dengan saya" kata Q.
"ye ke'? bolehlah kenalkan kat saya" kataku..
"boleh sanngat,dia pun selalu dengar awak kat radio,suka sangat dia masa saya sampaikan slam awak tu" kata q,.

Aku apa lagi.punyalah seronok..bermula saat itu,aku mula lah berhubungan melalui SMS dengan doc Z.Doktor Z dan Q bertugas di hospital bentong.
Bercinta dengan doktorlah katakan,sapa tak mau..Sepanjang tempoh itu aku tak pernah dengar suara dia,tak penah jumpa dia dan tak penah lihat wajah dia.Aku hanya bersms, yang lainnya,semuanya melalui Q.

Bermacam perkara pelik aku lalui masa tu..taknak percaya,ada buktinya.nak percaya ada keraguannya tapi aku adalah aku 'aku percaya bahawa orang takkan tipu aku sebagaimana aku tak tipu orang".aku terlalu percaya pada Q.

Q kata Z tak boleh jumpa aku sbb dia terkena buatan orang,jenuh berubat.Z juga tak boleh bercakap dengan aku sbb dalam proses perubatan..Beberapa kali aku cuba berjumpa dengan dia tapi tak jadi..Q kata Z dah sampai kuantan tapi terpaksa berpatah balik sbb ada benda menakutkan mengekori dia.

Setelah berhubungan beberapa bulan, mereka berdua dipindahkan ke Kuantan..Q minta aku carikan rumah sewa, malangnya kata dia,mereka kena tukar ke pekan semasa lapor diri..Dia bagi aku alamat rumah di Pekan tapi aku cari tak jumpa,yang peliknya Z boleh sms aku dan beritahu aku warna baju dan seluar yang aku pakai..betul plak tu.

Z juga ada tolong bayarkan bil hp aku..itu menyebabkan aku percaya walaupun banyak keraguan..Z minta aku sabar, sbb dia sedang berubat.

Terlalu banyak perkara yang berlaku dan aku masih belum sedar-sedar lagi, namun apa yang berlaku pada aku diperhatikan oleh seorang kakak kat RTM..satu hari dia panggil aku (aku banyak juga bercerita pada dia)Dia minta aku berfikir dan bukak minda...

Lepas tu aku ke hospital tgku ampuan afzan..aku ke bahagian pentadbiran bertanya ada tak staf nama Q dan Z..mereka semak untuk seluruh negeri Pahang..jawapannya TIADA,.

Kebetulan pada pagi yang sama Q bertolak dari kampungnya di Kuala KAngsar Perak nak balik ke Bentong..Dua jam sebelum tu dia baru nak bertolak..Aku call no tel umah yang diberi...seperti dijangka Q yang jawap..fuhhh..takkan tak sampai 2 jam dari kuala kangsar ke bentong..lagu betul.

"Q, aku dah semak dengan pihak hospital,nama ko dan Z takde" kataku
"sapa ko sebenarnya, apa yang ko nak"

Q kedu tak menjawab.."nuar,saya minta maaf"kata Q. "saya nak jumpa awak"
"aku akan ludah muka ko aku aku jumpa ko,penipu"kata aku dengan marahnya.

Semua yang berlaku adalah diluar kotak pemikiran aku,aku tak sangka ada orang sanggup menipu menjadi DUA orang dan berlakon dengan lakonan yang sangat hebat...selepas itu aku dah tak layan sesiapa pun...aku tak kecewa tapi aku sedih krn kepercayaan aku dipersendakan..Aku dah tak pedulikan org pompuan (isteri aku skrg pun orang carikan).

Itulah pengalaman pertama berharga aku dalam mengenal hidup dan warna-warna kehidupan.....

9 comments:

siputturbo.admin.com said...

chit..poodah

Akuanakpahang said...

Biasa le En. Nuar hidup ini diduga, terduga, menduga dan di temuduga.. adat kehidupan gitu baru meriah. Baru kita kenal erti kehidupan dok gitu? yang baik di jadikan tauladan yg buruk dijadi sempadan.

Rodong Blogger said...

Sepandai2 tupai melompat jatuh juge dia.Koi nyampoh betul jenih kaki nipu ni.

piewahid said...

mmg slalu baca pengalaman2 'pelik' rodong2 yg btugas sbg dj ni dgn para pendengar tapi yg ni kira first hand information la. sbg manusia biase, kami pun mlalui pngalaman bgitu, apatah lagi la selebriti mcm dj nuar. bgitu la hebatnya suara. dia angau la tu...

p/s: kecik2 dulu koi minat ngat bangsawan di udara. sibuk bersila tepi radio transistor. rela kena libas pun xpe, asalkan dpt dgr criter smpai abis.

kelompen said...

AAA
mcm mcm hey. te la koi ngabo ke aok. catatan ni makin bes.
koi dlu dengor radio radio malaysia pahang, radio 3 kuantan, skrg pahangfm, semuanya ralit.
semakin ada kemajuan.
koi suka tengok bila wokme buat seran luor. kerumun dek orang..
gelemo weh dime teh..

RMY-Abelitokjoro said...

awok.. kena macam tu.. abeli kena kira teruk juga la... dah la daftar jadi sahabat phgfm bubuh nama abglitokjoro.. buat ucapan kutuk abelitokjoro.. tak ke singkat fikiran... tu...

relevan said...

He he..tunggu pendedahan eksklusif seorang sahabat bernama 'KriStaL Amira dalam relevansokmo '..

Panas panas..

iDAN said...

Rasanya dua-dua Q & Z ini pun orang yang sama!..

Biarlah Sdrku Anuar, orang permainkan kita takkan ke mana. Kejujuran kita dipersendakan bukanlah sikap yang matang. Ada banyak perkara kita boleh persenda tapi bukan hati & perasaan.

Manusia begini di dunia pun Tuhan akan balas perbuatannya. Di sana nanti kita dapat melihat siapa sebenarnya. Tak perlulah kita nak jumpa dia di dunia nyata ini tak ada makna.

jarinakal said...

fuhhh... syahdu...kisah...buleh buat filem ni.
Saborr lah....mungkin ada hikmah disebalik semua tu.