SAKIT PINGGANG

Semalam aku menghabiskan masa seharian dengan bercuti..kebetulan isteri tersayang juga turut bercuti (sebenarnya banyak perkara yang perlu diselesaikan)dengan kata lain 'nama jer cuti tapi tak berehat juga.

Pukul 4 pagi khamis (lebih kurang) aku terjaga sbb sakit perut..ketika sedang melaksanakan tuntutan alam tiba-tiba pinggang aku seperti (tak dapat digambar dgn kata-kata) sakit sangat.Dengan segera aku selesaikan tugasan ku itu..punyalah sakit, berdiri sakit,duduk sakit,baring sakit,menungging sakit semuanya sakit. Tak keruan aku di buatnya.lAku tak tahu pulak apa puncanya..takkan di sebabkan menunaikan tuntutan alam sampai begitu jadinya..

Nasib baik aku ada simpan ubat tahan sakit untuk tujuan kecemasan seperti itu..aku telan sebijik tak berkesan lalu aku tambahkan dosnya..selepas diurut skit oleh isteri dan sedawa skit, barulah keadaan pulih. Alhamdulillah,sampailah skrg takde rasa apa-apa dah..

Pagi tadi aku call abg din kat rtm...dia tanya aku sihat ke tidak? jadi aku ceritalah perkara yang telah terjadi..
"hah..iya ke? tanya abg din
"abg din pun mengalami perkara yang sama tetapi selepas memberi salam" (dia buat Qiamullai)"memang sakit,tak boleh nak wat apa pun.

Kebetulannya, 2 orang anak lelaki abg din pun mengalami perkara yang sama.Sakit sebagaimana yang aku alami.

Kata Abg din pada waktu begitu ada angin jahat yang berkeliaran dan mungkin dia hinggap kat kita.....

Mungkin ada orang lain lagi yang turut mengalami perkara yang sama....

(ESOK BERMULA SESI UJI BAKAT RENTAK JUARA DI ADAMRTM PAHANG)
jOM RAMAI-RAMAI.....

6 comments:

relevan said...

Memang sakit bila sakit pinggang ni..Muda muda lagi dah sakit pinggang..Kesian lah kat angin tu duk kata angin jahat..

Tu yang kadang2 angin jadi betul punya jahat habis dipukulnye rumah rumah sampai tunggang terbalik..agoknye!

piewahid said...

dh kalu sakit, kena sambung cuti la yak..

Akuanakpahang said...

Angin jahat ini gamok kawan kena pukul juga baru boleh lari hehehehe...

Petua allahyarham ayah kawan dulu di kabor amalkan makan sup kacang hijau...sup sebagaimana biasa... ayam, tulang kerbau ker ikut suka cuma letakkan kacang hijau..lebihkan sedikit halia ngan bawang putih

Rodong Blogger said...

Bawok2 la berurut weh...

kelompen said...

AAA jangan dipalo sakit gitu, g berurut ke , mana taw kok ander urat hak bersilang ter..
harap aok ok je..

iDAN said...

Kalau angin apa lagi halialah ubatnya.

Terkadang tu salah makan pun boleh juga buat kita sakit pinggang angin segala. Gulai nangka adalah antara yang sering buat kita diserang angin.

Sesekali kena minum air bergas untuk buang angin yang sukar dibuang dengan ubat. Lepas minum air bergas itu minumlah air kosong banyak-banyak.