SERONOK DAN BERONOK-RONOK


Alhamdulillah, hari ni baru dapat aku menaip kembali di ruang ini..terhad sangat kesempatan yang ada sejak kembali bertugas pada hari semalam..lama jugak la aku bercuti.

habis jer konti hari ahad lalu,aku terus balik berkemas dan terus bergerak ke Chini..mak ayah dan adik beradik dah tunggu.pas makan kami semua pun bergerak ke Johor Bahru..Aku ikut laluan muadzam-rompin-mersing-JB.Lebih kurang kul 8 malam sampailah ke destinasi..Kami semua lepak umah pak sedara aku..betul2 depan umah MB johor(aku kanal dia tapi dia jer tak kenal aku)

Ramai jugak yang dah tunggu,bapa sedara dari kedah pun dah sedia menunggu..kira meriah la pertemuan keluarga ni.Aku percaya ramai yang tak kenal sedara sendiri kerana duduk berjauhan dan ramaiii yang tak kenal sepupu sendiri terutamya golongan muda..kalau kita tak amik inisiatif untuk mencari sedara,sepupu dan sebagainya,memang takkan kenal dan jumpa.aku ada sorang bapak sedara yang aku hanya dapat berjumpa dan mengenalinya pada usia aku 30 tahun...sebelum tu tak penah jumpa...

Dah alang-alang sampai JB,maka aturcara pun disusun..aku ni temapat shoping aku tak suka sangat pegi melainkan ada barang nak beli,jadinya pagi isnin kaum hawa pergilah bershoping dan aku tunggu umah jaga anak bersama kaum adam yang lain..

Sebelah petang barulah kleuar berjalan-jalan ke Danga Bay..dapatlah tgk singapura yang dulunya adalah sebahagian daripada kita.Semuanya dah jadi sejarah,dan semua orang tahu tentang pemisahan singapura dengan malaysia..


Raamai pelancong terutamanya warga singapura yang berada di johor tambahan lagi sempena dengan cuti tahun baru cina.JB agak sesak..takpe yang penting dapat gak aku dan keluarga jalan-jalan.Bagi aku jala-jalan tu perkara kedua,yang pertama ialah dapat bertemu sanak-sedara



Sebelah malam pulak kami berBBQ..nasib baik takde karaoke..kalau tak,tak merasa aku pegang mic,sbb aku bukannya pandai nyanyi..

Moral daripada perjalanan ini ialah..carilah,dekatilah,eratkanlah dan mesralah dengan sanak saudara tak kira jauh atau dekat..jgn sampai kita tak kenal datuk sedara,bapak sedara dan sepupu-sepupu...

8 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

Suka Tgk Gambar Pertama....

al-mankaraqi said...

wow! indahnyer suasaner.....

Akuanakpahang said...

Kadang kawan duk mikir juga pepatah nie.. "Kasih saudara sesama berada"
dalam erti kata lain dulu tak kisah awk berada ke tidak hari ini jangan... huhuhu.. (pendapat segelitir yang lain bukan kita disini) Berada juga merujuk pada berharta.

INTAN RH said...

Salam bro, bila nak terjah tempat hiburan baru kat Singapore tu..dgr kata harga tiket sorang RM150 jek..

kan..

:)

RMY-Abelitokjoro said...

salam brooo... waa.... bestnya cuti... patut nya awak ajak abeli foloww percutian.. biar abeli jadi camera men... rakam setiap detik awak buat menda.....

kelompen said...

AAA
lepas cuti mood keje pun fresh
bezz
seronok sorang
beronok ronok ramey dgn kuarga
ta[i takpe asal hati senang
jiwa pun tenang
laut adalah ilham...

piewahid said...

sedak amat dapat bjalan² bjmpe kuarga weh..

relevan said...

Bermakan angin rupanye yeeerr..