BATAS WAKTU..

Seminggu dua ni masa ku sangat terbatas..aku baru mula menulis tentang perjalanan hidup sebagai penyampai radio..ketika menulis ni aku sedang konti..suasana tidak rancak kerana negeri Pahang turut berkabung dengan kemangkatan Sultan Johor..Lebih tidak rancak lagi,aku sekarang ni sedang tak sihat..

Badan rasa lemah,tekak bengkak,Panas sejuk jer rasanya.Tak seronok konti dalam keadaaan begini.aku tak suka suasana sayu dan slow..apakan daya,kesihatan nak kena jaga juga,arahan perlu dituruti.Pasti konti ni boleh terus gi klinik,jangan biar melarat..

Jap tadi aku buat iklan produk SD II..produk menguruskan badan.aku terkejut tgk kak dah punya gambar 4 bulan yg lalu..berat diamasa tu 80kg, skrg ni tinggal 58kg..Rasa cam nak cuba jer..Opps aku dah cuba pun..dah habis setin..aku ni tak berapa pantang,turun juga tapi tak banyak..pinggang aku mmg ada rasa kecik skit.

Esok..kalau keadaan tak mengizinkan mungkin aku cuti..hari ni plak ada proses penamaan calon untuk pilihanraya kampus UMP..Minggu depan minggu yang sangat sibuk..aku kena buat soalan untuk peperiksaan perkhidmatan awam..fuhhh banyak tul keje..demam lagi akuuuu..hahaha.

Hidup ni kalau mendatar sahaja,tiada cabaran dan tiada yang baru..pasti membosankan..

9 comments:

a kl citizen said...

assalammualaikum

oh rupanya dj anuar juga penggubal soalan ya...

kelompen said...

salam bro
andai hidup semata mata hidup
tentu tak susah jadi manusia..

YASSIN SULAIMAN said...

Menyahut cabaran kehidupan itu amat bermakna kerana yang berjaya mesti ada ganjarannya.

al-mankaraqi said...

salam ziarah.

relevan said...

Cuba kita jangan merokok..baru rasa ok tekak tu..hehe! Hidup tidak boleh mendatar kerana hidup ini adalah satu perjuangan..

RMY-Abelitokjoro said...

sebenarnyakan .. bila kita mula rasa tidak selesa dgn diri kita.. mual.. loya... pening..sakit tekak.. tak sedap badan...apa lagi.. ala yang seangkatan dgnya tu.. menandakan kita ni dalam .. "pembawakan budak....." nak dapat anak kedua la...tu... mintak la putera pulak.. kah..kah..kah.. waaaa... glupp....erkkk....!!!!.( 'cih nyamuk ni tak ada tempat lain nak lending..')

endiem said...

Betul cakap abeli tu kot.

Anuar Abdul Aziz said...

cis..pandailah abeli...lambat lagi..pasal yang ketama keluar ikut tingkap...

iDAN said...

Saya ni perokok juga tapi tak perokok tegar.

Payah kita nak tolak sakit ini, bila sampai ketika memang jatuh sakit juga. Apatah lagi cuaca sekarang tak menantu. Panasnya melampau top-top hujan & banjir pula.

Jadi Deejay sakit tak sakit kena berlakon juga jadi periang. Terpaksa buat macam itu. Kira samalah macam artis terpaksa berlakon.