ohhh Sabtu....

Pagi sabtu,mmm..aku bawak anak dan isteri sarapan kat luar..dah lama tak buat begitu sbb aku sll ada kerja hari sabtu..aku ke satu gerai yang dah setahun lebih aku tak pegi..letaknya dekat jalan mat kilau belakang telekom kuantan..Alhamdulillah, peniaga kenal lagi aku, dulu masa aku fulltime kat RTM, situlah aku dan kwan2 bersidang.spercial kat situ mee kari dgn mee sup..pearghh.

lepas makan pegi cari barang anak dan barang anak mak mertua serta jelaskan bill..ni yang aku malas tapi kena juga beratur kat pejabat pos.Kul satu lebih baru balik..anak aku dah tertidur keletihan,,sian.

Petang ajer masa aku untuk berehat..malam ni aku akan on air (konti) kat pahangfm..bermula kul 9 sampai 12.sepatutnta aku ada proggram khas tapi aku tak bersedia lagi nak buat...tgklah malam ni mcm mana.Malam minggu ni eloknya mainkan lagu dan maklumat ringan jer.

Itulah rutin aku.kerja bermula isnin hingga ahad setiap minggu.esok ahad konti lagi kul 9 pagi..masa rehat aku terhad tapi aku minat daan aku akan terus buat selagi diperlukan dan ada orang mendengar.Bertugas sebagai DJ radio adalah satu kerjaya yang paling seronok yang pernah aku buat.Kerjaya ni tak ramai orang..bagi aku populariti tak penting yang penting misi aku sampai.apa misi aku? Semuanya nanti dalam catatan titian pejalananku....tungguuuu..

Ohya..sahabat dikonti esok telah dikenal pasti...tunggu kemunculanya di corong radio anda esok kul 11.30 pagi...

7 comments:

relevan said...

Yeeeerrrrrrr...esok pagi kawan terpaksa membawa radio kedalam kebun..'' sahabat diKonti ''

kelompen said...

yearghh
catatan menarik sorang dj yg sempoi dan ok je.
salute lu bro..

kelompen said...

nuar.. koi link blog aok yak..

Anuar Abdul Aziz said...

beres kelompen..kwan ingat nak minta tlg aok...nai belajar menuls..

a kl citizen said...

assalammualaikum dj

seronok jugak kerja kat konti ya..
tak berpeluh macam kat kelas, tak da air-cond

Anuar Abdul Aziz said...

yaa..mmg seronok..sangat sejuk dalam konti tapi tak boleh silap, ramai yang mendengar dan menilai!!orang kata banyak cakap banyak silap..tu yang nak kena jaga

ratu pink said...

jd sorg dj ni kena byk berfikir sblm nk berkata2, takut ada yg tersalah tfsir ape yg kita nk ckp.. jd wat dj nuar nih, sntiasa lah buat pendengar ceria tau, celoteh yg pedas tp pyh nk terase tau, ni la cth dj nyer..huhu