CATATAN TITIAN PERJALANANKU...(2)



Bekerja sebagai dj radio ni kalau takde bende kat atas ni..tak kerjalah maknanya.Apabila bermulanya tugasan aku sebagai DJ,maka bermulalah siri persahabatan erat antara aku dan en mic (microfon).Kat mana aku bekerja disitu en mic ada dan dimana en mic ada,disitulah juga aku berada..aku dan en mic tak terpisah jua...hehe

Hari pertama aku mula tugas konti secara 'one man show' pearghh..masuk konti kul 6 hari jumaat..Hari tu sejak pagi lagi aku dah rasa seram sejuk..rasa cam nak tarik diri pun ada.Kalau aku tarik diri,maunya aku kena seranah.Aku juga dah tak lalu makan..memikir apa yang bakal berlaku sepanjang 3jam aku berkonti nanti..

Lepas asar ajer aku dah bersiap,mandi,semayang,makan(sebelah pagi tu aku dah menyelongkar loker dan bawah meja dj rohan-cari cd,aku dj baru mana ada cd sendiri.zaman tu plak kena bawa cd ke konti bukan mcm sekarang.Pukul 5 aku dah siap dan masuk RTM,'awal sampai?'tegur pengawal kat pondok pengawal..aku sengih jer,takde selera nak menjawap..dada punya kuat berombak.Aku tak senang duduk menunggu giliran,kehulu tak kena,ke hilir tak kena,duduk tak selesa..kuraang lebih 15 minit nak pukul 6..tiba-tiba perut pulak meragam..ahh waktu nilah dia nak meraagam pun..kelam kabut aku ke jamban.Tak boleh menung lama-lama,masa dah suntuk.

Akhirnya 5 minit sblm kul 6 aku dah masuk..konti ni punyalah sejuk..walaupun berpeluh tapi tetap sejuk.Masa ti takde lagi sistem digital..lagu diputarkan guna cd player,piring hitam pun ada.Bahan-bahan berakam di simpan dalam tape (tape tu pun dah bertahun aku tak tengok).Aku siapkan bahan dan letakkan cd sambil tunggu berita dari radio 1 tamat..Aku punyalah gabra sampai aku tak sedar,pukul 6 hingga 7 setiap jumaat ada rancangan agama dari radio 1,nasib baik aku terpandang jadual siaran..fuhhh nasib baik aku tak amik.Maknanya aku on air 2 jam jelah..heheh

Selepas berita jam 7,aku mula amik alih siaran dari radio 1, dengan sedikit panduan pada skrip aku memulakan bicara...hahahaha..kelakor.Aku tak tahulah orang kat luar ubah siaran ke tak?Yang tak boleh aku lupa masa nak siar azan magrib..pengumuman punya cantik 'saudara muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian,sebentar sahaja lagi pada tepat pukul 7.18 minit malam akan kedengaran azan menandakan masuknya waktu sembahyang fardu magrib bagi kawasan kuantan,pekan, rompin serta kawsan-kawasan yang sama waktu dengannya'kata aku..Habis jer pengumuman tu nak up fader azan la....sekali keluar lagu (slah fader daaa) Fuhh menggelupur aku..berpeluh dalam kedinginan.Cepat2 aku tutup fader tu dan naikkan fader yang disebelahnya.....Lebih kurang macam kat bawah nilah(yang kat bawah ni dah canggih..dulu lain




Fuhh aku punyalah takut..juruteknik bertugas bergegas masuk..'ngapa nuar',tanya dia.'salah tolak fader'kata aku..

"berhati-hati skit"

Belajar dari kesilapan adalah pengajaran terbaik..aku sanagt beringat tentang hal tersebut.nasib baik takde komplen...Mood aku pada waktu Allah sahaja yang tahu..rasa nak balik dan berhenti..Tak tahulah apa berlaku pada aku..tunggu isnin,pasti boss panggil...itulah dia,hari pertama aku konti.....

4 comments:

Relevan said...

Heh heh! Apa pun kawan dah masuk konti sekali..rasanya cukup lah kawan masuk sekali seumur hidup..

Bukan senang jadi Deejay ni weh..

piewahid said...

Belajar dari kesilapan adalah pengajaran terbaik.. koi stuju amat weh!

kelompen said...

fuiyooo
ni baru real beb..ralit, terus menulis.

iDAN said...

lor! ketika saat penting tu! azan!; isk! payahnya jadi Deejay ingatkan semua itu ada pembantu; patutnya juruteknik kenalah pantau ketika pengalaman pertama!.

.. apa-apa pun perkara itu telah berlalu siapa tak buat silap apatah lagi pengalaman pertama...

saya teringat ketika baru dapat lesen kereta; naik bukit sahaja memang tak boleh berhenti; nak jalan semula ketika naik bukit memang tak reti-reti asyik enjin mati!...

berpeluh! kereta masa tu manalah mampu beli auto! payah amat nak mengimbangkan klas & gear ini.

agaknya begitulah gabra awal masuk konti.