MALAM MINGGU

Ketika menaip ini aku sedang bertugas di dalam konti.sekarang ni jam 23:18..jam terahir tugasan aku untuk malam ini.Jam terakhir ni Pahangfm eyiarkan lagu-lagu irama padang pasir dan lagu-lagu arab sahaja.Satu kelainan bagi stesen-stesen radio tapi masalahnya alah aku tak faham lagu-lagu ni.Walaupun tak faham aku tetap enjoy,lagu-lagu arab baik yang klasik atau moden mmg sedap di dengar..

Malam ni bermula jam 9:20 adi aku buka talan untuk pendengar bersembang-tajuknya mudah sahaja "malam Minggu". Bagi orang muda dan bujang,malam minggu amat dinanti,maklumlah malam nilah nak keluar dan balik lewat skit,malam nilah nak jumpa buah hati.Namun ramai yang salah guna malam minggu dengan aktiviti yang tak berfaedah seperti merempit, menghabiskan masa dipusat-pusat hiburan dengan hiburan yang terlampau da ada juga yang terjerumus sehingga di tangkap khalwat.

Statistik yang di eluarkan oleh JAIP untuk tahun 2008 dan 2009 menunjukan peningkatan ketara pelajar IPT ditangkap khalwat.Senario ini membimbangkan, adakah krn mereka jauh dari kawalan keluarga, kebebasan hidup yang d nikmati kini atau mereka telah lupa asal tujuan mereka disini?

Malam minggu-banyak kejadian dan pelbagai perkara berlaku..Bai yang sudah berkeluarga, malam minggu digunakan untuk bersama keluarga sama ada dirumah atau menikmati suasana luar,maklumlah itulah masa terbaik yang ada yang dapat menghimpunkan sema ahli keluarga..

Ada juga yang suka mengabiskan malam minggu dgn lepak kat rumah dan tengok tv..Aku pulak setiap malam minggu ertugas menemani pendegar setia Pahangfm...terima kasih kerana setia mendengar aku....

6 comments:

kelompen said...

AAA...malam minggu bole rehat, soknya dok keje.
malam minggu menghimpun menulis dan menukang rumah puisi, dengan pengap hati, kalut diri, serabut seni..
tapi...RMphgfm tetap di hati(dengan celoteh dj AAA yg ceria). teruskan weh..ralit..

Abeli Rosli said...

salam dari bukit istana.. malam minggu.. abeli kena kerja... skrng ni.. tgoh kerja la... kerja tengok blog.. sementara siaran rtm1 taman nak tutup kong kena tulis juga..pukul berapa tamat siaran...
memang la.. malam minggu.. malam nak lepas kan penat lelah... dia orang ada mcm.. mcm cara... anak orang lain -- anak kita lain... tak caya cuba baca kat bawah ni...

Anak orang pergi masjid..
anak kita tepi jalan....
anak orang duduk mengatib...
anak kita masih merewang...
anak orang perangai baik..
anak kita macam jembalang..
dok cari bala penyakit..
tak nak pikir masa depan....

Delema... delema...melayu kita...

anak orang baca buku..
anak kita ralek bederap...
anak orang masuk ke U...
anak kita masuk lokap..
anak orang minum susu..
anak kita minum ubat..
macam mana kita nak maju..
kalau tak nak berubah sikap..

delema..delema.. melayu kita

piewahid said...

bgitu la lumrah kehidupan. yg ramainya sama agama & bangsa dgn kita. t kasih kerana menemankn para pendengar. kdg2 terselit juga ingatan & nasihat utk yg nak mendengor..kalu xmboh dengor tu, ckp la mende pun xkan dia dengor!

Aku Anak Pahang said...

Punah anak dara sabit malam minggu ini jadi mak ayah kena lebih prihatin kala dok naya laa..anak jantan kena pasti kemana dia gi pasti balik kerumah.

Relevan said...

Malam minggu malam untuk mengasah pisau getah..kerana keesokkan pagi kawan akan turun menoreh jika tak kemana mana..

iDAN said...

Pelajar IPT ini semuanya peringkat remaja; bila stres dengan pembelajaran memang mudah terperangkap ke arah songsang begini.

Air yang tenang jangan sangka tiada buaya. Saya hidup dengan mereka 28 tahun.

Saya pula malam minggu suka bawa keluarga bersantai, kalau tak menonton suka juga keluar makan di luar. Paling tidak pun ke pasar malam!, sambil beli barangan dapur tenguk gelagat orang syok juga.