CATATAN TITIAN PERJALANANKU...

"Woi nuar, haji ali nak jumpa ko" kata Lan.Aku yang tengah mengeliat atas katil beralaskan tilam nipis terkejut dengan kedatangannya. "nak buat apa dia jumpa aku,aku bukan staf dia" kataku berserta 'nasi tambah'."Entah,dia kata nak buat uji bakat, kak nik dah tunggu kat bilik rakaman". Hah..!! biar betul. Aku melompat turun dari katil (tempat tinggal aku dengan Lan ialah pondok kecil sebelah surau RTM,masa tu aku masih menganggur tapi tidak sepenuh masa) "Jap aku bersiap..

Kurang lebih 10 minit, aku dah pun berada di muka pintu studio rakaman RTM (bangunan lama dengan pondok aku tinggal..punyalah dekat.kentut pun dengar)Kak nik dan seorang juruteknik (lupa sapa) dah ada kat situ.."nak buat uji bakat ni, DJ kurang sorang,ada slot kosong".(Raja idris menamatkan tugas sebagai dj sambilan kerana bertukar tempat bertugas di kwsp Bahau.)"ok kak nik,nak buat macammana ni?"
"Awok baca jer skrip tu" kata kak nik.

Aku pun masuk,mengadap mic dan skrip.mula-mula baca berita,pastu tu buat aksi dj skit..Uji bakatnya simple sangat(mungkin diorang tahu aku ni berbakat..hehe)'Ok luluslah ni,nanti tunggu Haji ali panggil (Hj Aki adalah ketua bahagian rancangan masa tu)

Tak sampai seminggu aku di arah supaya buat double banking(belajar dengan orang lama)..Lebih Kurang dua minggu berlatih,aku mula kendali sendiri konti pada setiap ahad 6.00-9.00 malam.

Itulah bermulanyer aku menjadi DJ..rezeki aku,semuanya dipermudahkan.Sebenarnyer orang kat RTM dah kenal aku..aku buat praktikal kat situ masa blajar di USM dulu.masa tu lagi bakat aku telah di cungkil.Aku bermula sebagai dj radio pada februari 2001.macam mimpi,aku kini bergelar DJ radio..aku sendiri terkejut,aku ni seorang yang tak suka dengar radio,,lagu-lagu dan artis ni lagilah aku tak amik tau tapi bermula saat itu hidup aku berubah dan Disinilah catatan titian perjalanan ku bermula.

8 comments:

Aku Anak Pahang said...

Kawan sesungguh suka membaca cerita titian perjalanan seseorang itu yang pasti ada suka duka dan ada pengarannya yang baik dijadikan tauladan.

piewahid said...

bkn rezeki smata2, mmg ada bakat pun.. kalu tak, xsmpai tahap skang..

kelompen said...

aok telah melalui perjalanan yg jarang org lalui. satu ruang aok bersuara di ruang udara. suara aok akan terus didengar lagi lagi dan lagi dengan kekuatan sendiri..macho la gitu.. terus berceloteh tanpa letih
terus bercerita dengan ceria.. ralit..

Relevan said...

Aok kena buat juga kisah kegatalan sahabat2 wanita yang mengorat aok hehehe!..

ratu pink said...

wah, bestnye!! btl2 rezeki la ek nk jd dj, tp rentetan pengalaman start dr mula smpaila skrg dh jd bapak lau dikongsi sket2 best gak, hehe..tp jgn la sume..huhu
seronok bc cerita dj nuar nih...

Abeli Rosli said...

pehhh... kalau la abeli yang jadi penal.. uji bakat tu..
aok tau x releven.. atas dasar apa abeli pilih dj okeje ni..
kalau nak tau...
atas...
kemacoan suara dia.. tak.. pun.. memang dia berbakat.. masa dj ok je dapat kerja baru.. meninggalkan konti pahangfm dulu.. abeli rasakan kesedihan tu... sama ketika pemergian allayarham p.ramli.. dulu.. sedih amat..waaaaa...waaaaa

Anuar Abdul Aziz said...

relevan-banyak citer pasal aweks ni..tunggu.
Abeli--hahaha..tak sangka abeli nangis..

iDAN said...

Suara pun penting; ada bakat tak ada suara yang bagus pun tak jadi.

Kira ini anugerah Ilahi terhadap Sdr Anuar. Tak semua orang punyai rezeki di dunia Deejay. Saya lihat ramai yang artis menjadi Deejay... tak menjadi asyik memekik sahaja & saya memang tak minat nak dengar.

Ada Deejay yang bila kita dengar suaranya rasa sejuk sangat hati ini. Cuba kita amati dua Deejay ini; Aziz Desa & Mr Os. Dua-dua Deejay tapi dalam dua satu keadaan pasti kita mahukan Deejay yang serba boleh.

Mr Os takkan mungkin boleh menjadi Deejay ketika Kemangkatan seseorang Sultan. Sebabnya dengar dia bercakap pun kita sudah nak tergelak.