"KALAU SENANG BUATLAH SENDIRI"

Hari ni aku lewat sampaiofis..aku amik time off 2 jam.Awal pagi tadi rasa letih amat, maklumlah sabtu dan ahad menjadi hari rehat pada kebanyakan orang tapi tidak bagi aku..biasanya sabtu dan ahad hari aku memenuhi undangan pengacaraan majlis dan bertugas di konti.

"Alah,jadi pengacara majlis,bukannya susah,cakap jer< itu pun nak minta bayar mahal-mahal"ungkapan biasa yang keluar dari mulut orang yang tak mengerti."kalau senang buatlah sendiri" ayat biasa kalau aku menjawab.(orang kata mulut aku pedas dan bisa-tapi blum pernah lagi aku kena maki.Mgkin bisa dan pedas aku masih boleh diterima kot.aku yang dah biasa jadi MC untuk pelbagai acara besar dan kecik pun masih rasa gemuruh apatah lagi yang belum penah.Bukan senang nak mengendalikan majlis,salah buat malu penganjur,slah buat suram majlis,tak kena cara lintang pukang majlis orang.besar tanggungjawab sebagai MC.Kena faham protokol,kena faham khalayak,kena peka dengan suasana semasa.paling susah nak hidupkan majlis dan buat orang gelak...Alhamdulillah..setakat ini aku belum penah gagal..akan datang aku tak tahu.

Semalam aku dapat satu lagi job sebagi MC untuk program di Pekan bersama Perdana Menteri..Kerja aku meriuhkan suasana(tu yang aku suka)anjuran SKMM pada 30 jannuari.Dah beberapa kali aku jadi MC dengan kehadiran Dato' Seri Najib..semoga semuanya berjalan lancar.Aku tak berapa suka sangat jadi MC untuk majlis yang formal..sbb kena ikut teks dan protokol (itupun kadang2,aku langgar jer.

Panjang kalau nak cite pasal pengacaraan majlis, itu belum lagi pasal cerita kat konti heheh..apa pun pekerjaaan ini suatu yang sangat menyeronokan..AKU SUKAAAa.RAmai orang kenal kita dan kita boleh kenal ramaiii orang...kan bagus punya ramai kenalan

Ohya ..Semalam aku jemput seorang sahabat untuk ruangan sahabat dikonti, QASIH nicknamenyer..orangnya berbakat dalam bidang seni,pernah menulis lagu,skrip drama dan pelbagai lagi.bagi aku semua orang adalah hebat dan punyai kelebihan masing-masing jadi jangan pandang rendah pada sesiapa pun apatah lagi dengan pandangan pertama.TQ Qasih dan temannya yang sudi memenuhi undangan aku semalam..

8 comments:

Relevan said...

Kawan harap betul agar kau tidak menjadi dj yang bermulut laser..tapi kadang kadang kawan rasa kau ada juge terlaser..hehe!

Guru said...

assalammualaikum

setuju..
menjadi pengacara majlis bukan alang kepalang...
bukan boleh ambil mudah

kelompen said...

salam bro
koi stuju cara aok
laser tp padat tepat.
kadang kala sesuatu org tidak akan rasa kecuali bila dia dikejutkan.
lagi satu..kelebihan kepada seseorang adalah anugerah dia.
hargailah apa yang kita ada,
salute lu bro..keep it movin yearghhh....

CekWa said...

Salam Kenal en anuar..TQ, sy pun dah jadi follower gak..

idealogyc said...

same la gok mcm photografer...org hingat dgn bayaran yg dipinta tu agak mahal la skang...tp sbb koi ni pun mudah kesian nak2 lok ngan gordon...takpe terima la tp kalo ngan org len standet je harga...penat nak ngalor satu majlis tu...

idealogyc said...

same la gok mcm photografer...org hingat dgn bayaran yg dipinta tu agak mahal la skang...tp sbb koi ni pun mudah kesian nak2 lok ngan gordon...takpe terima la tp kalo ngan org len standet je harga...penat nak ngalor satu majlis tu...

iDAN said...

tak semua orang punyai bakat dalam menjadi DJ@MC ini, selalunya bakat itu tumbuh semulajadi..

satu lagi kena banyak pengetahui, silap cakap & fakta nanti amat merosakkan majlis..

saya ni jarang buka radio, kalau pun buka dua saluran di Asyik FM & Klasik Nasional itu pun tak kenal dengan DJnya..

zaman remaja dulu kenal belaka; Chuari Selamat, Noramin, Ainol Jamal, Zainal Din Zainal, Kak Yong mana pergi mereka ini iyer!...

jarinakal said...

Program tu kat kuala pahang ker?